Google+ Followers

Friday, 19 December 2014

Demi Buah Tiin dan Zaitun

Surah yang terdiri dari 8 ayat, diturunkan selepas surah Al-Buruj.
Dalam surah ini Allah S.W.T telah bersumpah dengan buah Tiin, zaitun, Bukit Thurnisa
dan Mekah.
Setelah Allah S.W.T bersumpah dengan 4 perkara tersebut, lalu IA menegaskan tentang penciptaan
insan yang kejadiannya begitu sempurna sekali berbanding makhluk lain.
Allah S.W.T menyebut dalam surah ini bahawa al-Insan (setiap daripada manusia) itu adalah
Ahsani Taqwim (sebaik-baik bentuk).
"Sesungguhnya kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (At-Tiin:4)
Manusia hakikatnya mempunyai 2 pilihan di dunia ini. Pilihan untuk beriman kepada Allah S.W.T atau tidak. Pilihan yang dibuat yang menentukan segalanya. Sama ada dia akan jadi orang yang tinggi darjatnya atau menjadi orang yang dicampak serendah-rendahnya.
"kemudian kami kembalikan dia serendah-rendah peringkat orang yang rendah" (At-Tiin:5)
Sebab apa kata manusia ini akan dikembalikan ke peringkat yang paling rendah? sebab diciptakan dalam sebaik-baik bentuk, namun kebanyakan pilihannya tak sesuai langsung dengan ketinggian penciptaannya.
Pilihan yang dibuatnya menyebabkan dia jatuh ke darjat yang paling rendah lagi daripada binatang. At least binatang tetap taat kepada perintah Allah S.W.T..
Tetapi ada pengecualian yang disebut oleh Allah S.W.T di dalam surah ini. Tidak semua manusia itu akan dikembalikan ke tempat yang rendah.
"kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus" (At-Tiin:6)
Mereka yang beriman dan beramal soleh dijanjikan dengan ganjaran pahala yang tidak akan putus selama-lamanya!!
Sampailah akhirat kelak, sampailah waktu penghisaban di hadapan Allah S.W.T. nanti.
Sampailah kaki mereka akhirnya menginjak masuk ke syurga yang penuh kenikmatan. Inilah ganjaran yang tidak ternilai buat mereka..

***
Soo kita pilih yang mana??

Thursday, 18 December 2014

Bismillahirrahmanirrahim..~

"Bandingkan orang yang kufur terhadap Tuhannya ialah
seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang;
mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka 
telah usahakan itu..
Demikian itu adalah kekesatan yang jauh dari dasar kebenaran."
***
(Ibrahim:18)